VAKSINASI BERJAYA TURUNKAN KES ICU

Marina Sahabudin

KUALA LUMPUR – Kesan Vaksinasi Berjaya Turunkan Kes Kemasukan Ke Hospital dan Penggunaan Katil Di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media khas KKM mengenai Covid 19 memaklumkan, jika perhatikan kategori 4 dan 5 kemasukan di Hospital Sungai Buloh mengikut umur.

“Kita dapati selepas pelaksanaan Operasi Surge Capacity Klang Valley, pada minggu ke-30, kes semakin menurun.

‘Kalau kita lihat pada ‘peak’ yang pertama berwarna hijau, di mana kita memberikan vaksin pada fasa 2 kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan kita lihat penurunan kes iaitu selepas minggu ke-21 kes makin menurun.

“Apabila melaksanakan Operasi Surge Capacity di Lembah Klang, kita lihat sekarang ini mereka yang berusia iaitu 40 – 59 tahun juga menurun dan juga 20 – 39 juga ada penurunan,” jelas beliau.

Tambahnya, ini menunjukkan kesan vaksinasi telah berjaya menurunkan kes kemasukan ke hospital dan juga penggunaan katil-katil Unit Rawatan Rapi (ICU).”

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *