Nazirah Hassan
PENGKALAN BATU – Bagi yang sedang tercari-cari hidangan minum petang yang sihat dan enak, bolehlah mencuba popia basah istimewa D’Ummi.
Dengan tiga variasi iaitu sayur, ayam dan daging popia basah D’Ummi pasti dapat memenuhi cita rasa ramai.
Pemilik D’Ummi, Umikalsom Dolah memberitahu MelakaFirst dia sangat mengambil berat pada setiap peringkat penyediaan bermula daripada inti, kulit popia, sos dan juga pembungkusan.
“Saya hanya menggunakan ayam, daging, salad, lobak, sengkuang dan kacang yang berkualiti dan segar bagi menjamin rasa popia basah yang enak.
“Pada mulanya saya hanya menjual popia basah menerusi laman facebook
namun kini perniagaan ini semakin mendapat permintaan,” katanya yang sebelum ini berniaga di kantin mahkamah Ayer Keroh.
Namun sejak
perniagaan di kantin mahkamah tidak dapat diteruskan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,
Umi mengambil keputusan membuka kedai berhampiran Jalan Tun Fatimah, Bachang.
“Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan popia basah yang dihasilkan dan ini menjadi inspirasi saya menambahbaik
dan mengekalkan kualitinya.
“Kebanyakan pelanggan juga berasa terkejut dengan popia basah yang agak tebal dan gemuk-gemuk saiznya tetapi harganya sangat munasabah,”katanya lagi.
Tambah Umi lagi, selain kualiti masakan, dia turut menitikberatkan kepuasan pelanggan dan terbuka untuk mendengar ‘feedback’ bagi mempertingkatkan mutu popia basahnya.
“Cadangan pelanggan adalah penting untuk saya memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang“, katanya.
Sesuai dengan saiznya, inti popia juga diisi penuh bahkan dua ketul popia basah D’Ummi pun sudah cukup mengenyangkan.
Dengan harga popia basah serendah RM 7.00, orang ramai boleh menikmati juadah istimewa ini.
Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk memesan di kedai atau melalui ‘whatsapp’ bagi penghantaran makanan ke rumah.
Sebarang tempahan boleh hubungi Umi 016-925 7669.