SESI PERSEKOLAHAN OKTOBER INI

Marina Sahabudin

PUTRAJAYA – Sesi persekolahan yang diumumkan akan dibuka pada September ini dianjakkan ke 3 Oktober nanti.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perlaksanaan itu dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, sekolah-sekolah di bawah negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak akan dibuka berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Perincian mengikut fasa PPN akan dimaklumkan oleh KPM dalam masa terdekat. Saya amat berharap penjelasan ini dapat meredakan kebimbangan ibu bapa tentang pembukaan sekolah.

“Percayalah setiap keputusan diambil demi keselamatan anak-anak yang sentiasa menjadi keutamaan. Namun begitu, kita sedar kita mahu anak-anak kembali ke sekolah bersama guru-guru dan dapat bermain dengan kawan-kawan mereka,” katanya dalam rakaman video menerusi Facebook beliau malam ini.

Ujar Mohd Radzi, negeri fasa 2 boleh membuka sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan sahaja iaitu Tingkatan 5 dan 6, manakala negeri Fasa 3 melibatkan semua murid.

Namun, segala keputusan pembukaan ini masih tertakluk kepada penilaian risiko dalam setiap negeri.

“Pengurusan Covid-19 sentiasa berubah, justeru pihak KPM perlu melihat data satu persatu.

“Saya memohon semua pihak memberikan kepercayaan kepada KPM untuk memastikan segala perancangan dapat berjalan dengan baik, lancar dan selamat,” katanya.

-MF-
sumber : utusan online

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *