MANFAAT KURUS,DSC COCOFFEE VIRAL KETIKA COVID

Nazirah Hassan

MELAKA – Di saat ramai terjejas pendapatan akibat musibah pandemik yang melanda seluruh negara,
produk DSC Cocoffe pula berdepan situasi berbeza. Produk berasaskan campuran kopi hijau dan koko asli ini melonjak tanpa disangka-sangka
menjadikannya viral dalam tempoh masa pantas.

Menurut pengasasnya, Luqman Nurhakim yang mesra disapa Luqman, di sebalik keterbatasan pelbagai aspek ketika tempoh pandemik, dia bersyukur kerana
musibah ini memberi hikmah yang besar kepadanya.

Katanya, walaupun ramai yang terjejas sama ada kehilangan kerja dan tidak berupaya meneruskan perniagaan, namun dia dilimpahi kegembiraan kerana produk kopi yang diusahakan bersama isteri sejak empat tahun lalu tiba-tiba ‘meletup’ tanpa diduga.

“Memandangkan tiada aktiviti dan diarahkan duduk di rumah semasa kerajaan mengumumkan ‘lockdown’ orang ramai mula
berdepan masalah berat badan akibat tabiat pemakanan yang sukar dikawal.

“Kemudiannya, DSC Cocoffee berjaya muncul sebagai perungkai solusi kerana ramai pengguna berjaya kurus selepas mengamalkan produk ini hingga menjadikan kopi pracampur yang beribu pejabat di Merlimau mulai popular sepanjang tempoh pendemik,” katanya kepada MelakaFirst.

Tambah Luqman lagi, faktor mencari pendapatan tambahan juga menjadikan kopi tersebut terus menjadi buruan terutama suri rumah dan mereka yang hilang pekerjaan.

“Saya gembira kerana dapat menolong ramai individu untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Berikutan permintaan semakin meningkat, agen dan stokis juga mula bertambah dan kini berkembang ke seluruh Malaysia dengan kira-kira 1000 agen yang memperolehi pendapatan lumayan,” katanya teruja mengenai penangan DSC Cocoffe.

Menariknya, produk tersebut juga
turut memperolehi pengesahan daripada Certificate of Analysis (COA) sebagai minuman tambahan yang selamat dan berkualiti.

Sementara itu, duta DSC Cocoffe, Ustaz Taufik Khalil pula turut berkongsi pengalamannya sebagai pengguna dan juga stokis produk tersebut.

“Pada awalnya, saya cuma ingin mendapatkan berat badan ideal. Sudah banyak cara saya ikhtiarkan untuk menurunkan berat badan namun tidak berhasil. Jadi saya pun cubalah DSC Cocoffee. Pengambilan selama tujuh minggu akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 21 kilogram dan kualiti hidup saya turut berubah selain dapat bergerak dengan lebih mudah dan bertenaga.

“Disebabkan ramai yang bertanya rahsia semakin kurus, saya mula memperkenalkan dan menjual kepada sahabat dan ahli keluarga. Sama seperti saya, mereka juga mengalami penurunan berat badan ketara.

“Bukan itu sahaja, DSC Cocoffe juga turut berfungsi melancarkan sistem pencernaan dan baik untuk menstabilkan paras gula dalam darah,” ujarnya.

Tambah Taufik lagi bermula bermula dengan kejayaan menurunkan berat badan, pengguna biasanya mula berminat menjadi agen dan begitulah seterusnya kitaran perniagaan ini berkembang pantas hingga menjadikan DSC Cocoffe laris bak goreng pisang panas.

Kepada orang ramai yang tercari-cari produk minuman tambahan yang lazat lagi menyihatkan selain mahu menambah pendapatan, DSC Cocoffee adalah produk paling sesuai
kerana mudah dipasarkan.

Harga sekotak DSC Cocoffee ialah
RM65 manakala untuk penjimatan berbaloi, anda boleh membeli dua kotak sekaligus dengan harga RM120.

Bagi yang berminat menjadi agen dan stokis pula, pakej perniagaan menarik turut disedikan. Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi talian 012-973 0406.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published.