HUJAN LEBAT, JUADAH TIDAK LAKU – PENIAGA AKHIRNYA TERIMA REZEKI TERPIJAK.

Nazirah Hassan

MELAKA – Waktu pandemik ini menduga ramai orang dalam mencari rezeki setiap hari. Ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu ketika ini menjadikan penjaja semakin sukar mendapatkan pelanggan. Namun di atas setiap kesulitan pasti ada hikmah.
Kisah ini boleh menjadi bukti sifat prihatin orang Melaka dalam menghulurkan bantuan dan memberikan sokongan antara satu sama lain.

Pada 19 Ogos 2021 lalu, seorang penjaja sarapan telah mengambil langkah untuk menghabiskan jualan makanannya melalui hebahan di grup muka buku “Food Delivery Bandaraya Melaka”.

Pengguna facebook yang menggunakan nama “Rose Annissa” telah memuat naik gambar jualan makanannya yang tidak laku menerusi grup tersebut berserta dengan menu dan harga bagi sesiapa yang berminat untuk membeli jualannya.

Rose Annissa
yang berniaga di Petronas Bukit Katil itu turut meminta orang ramai untuk war-warkan jualan sarapannya yang tidak laku meskipun waktu sudah menjengah tengah hari akibat hujan lebat.

“Ada sesiapa nak habiskan jualan saya? hari ni hujan lebat , InsyaAllah siapa yang nampak posting saya ni boleh war-warkan pada yang lain,” catatnya.

Kemudian menerusi ruangan komen, didapati ramai ahli grup facebook tersebut yang kebanyakkannya merupakan penjaja makanan turut berkongsi nasib serupa ketika dilanda hujan.

Namun rezeki tidak pernah salah alamat.Tanpa disangka-sangka, Rose Annissa telah berjaya menghabiskan jualannya dua jam selepas melakukan muatnaik di grup tersebut.

Rose Annissa kemudiannya menzahirkan rasa bersyukur kerana turut mendapat tempahan nasi lemak daripada pelanggan yang ingin melakukan infaq pada hari Jumaat. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli grup
‘Food Delivery Bandaraya Melaka’
yang prihatin dan mendoakannya.

Dengan lebih 140,900 ahli, Food Delivery Bandaraya Melaka merupakan antara grup facebook terkemuka di Melaka dalam urusan jual beli makanan secara atas talian.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *