TAHNIAH DATO SRI ISMAIL SABRI

Marina Sahabudin

MELAKA – Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali bersama seluruh kepemimpinan Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Melaka merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9.

Sulaiman menerusi laman sosial Facebooknya menyatakan, sesungguhnya beliau dan kepimpinan Negeri Melaka yakin pelantikan ini bukan sekadar memberi semangat dan harapan, bahkan sinar kekuatan baharu kepada seluruh rakyat, untuk kita sama-sama mengharungi, apa jua rintangan, dalam menghadapi cabaran besar khususnya berkaitan pengurusan kesihatan, ekonomi dan kestabilan negara.

“Besarlah harapan kami, selaku Kerajaan dan rakyat Negeri Melaka agar selepas ini, pentadbiran saya dapat terus komited dalam mengukuhkan permuafakatan, bekerjasama rapat lagi erat dengan kepemimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri di peringkat Persekutuan.

“Seterusnya, bagi memberi manfaat bersama, demi membina sebuah Malaysia yang makmur, mampu bangkit pulih ekonominya, terus maju membangun, demi kesejahteraan rakyat seluruhnya, baik di Negeri Melaka dan negara Malaysia, mahupun ke seantero dunia.

“Saya berharap, lalu memanjatkan kesyukuran dan berdoa, supaya pentadbiran YAB Perdana Menteri akan terus berjalan lancar, teguh pada landasan yang benar, terutama dalam mendepani pandemik COVID-19, merapatkan kembali saf muafakat setiap parti politik, untuk turut sama berganding erat, bahu membahu, bukan setakat bergandingan memulihkan ekonomi, malah dalam memacu kegemilangan serta menjunjung maruah Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

Beliau berharap, Dato Seri Ismail Sabri lakukanlah yang terbaik demi Malaysia.

“Saya dan seluruh kepimpinan Negeri Melaka sememangnya percaya, YAB Dato’ Sri mampu menyudahinya. Sekali lagi dizahirkan, kami sentiasa bersama YAB Perdana Menteri, dan dengan nawaitu, komitmen dan keikhlasan yang jitu, InsyaAllah, kami yakin Allah SWT akan merestui kepimpinan Dato Sri,” katanya.

-MF-
sumber : facebook sulaiman md ali

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *