PELAJAR SK TUN SAS, WAKILI MALAYSIA JUNIOR AMBASSADOR INTERNATIONAL

Nazirah Hassan

AYER KEROH – Khaliesah Batrisyia Khairul Fadzlullah, pelajar Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin (SK Tun SAS) terpilih mewakili negara dalam program Junior Ambassador dalam Bridge Virtual International Summer Camp anjuran Asian Pacific Children’s Convention (APCC) 2021.

Kejayaan Khaliesah Batrisyia sebagai satu-satunya calon dari Melaka yang berjaya mewakili Malaysia dalam program bertaraf antarabangsa ini bukan sahaja mengharumkan nama negeri ini, bahkan juga warga sekolah SK Tun SAS.

Menerusi pengumuman daripada laman Facebook Bahagian, Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM, turut terpilih ialah 11 lagi pelajar sekolah rendah dari serata Malaysia sebagai calon terbaik untuk mewakili negara dalam program berkenaan.

Program yang berpusat di Fukuoka, Jepun ini berlangsung secara atas talian bermula pada 21 Ogos hingga 21 November turut melibatkan penyertaan lebih 200 pelajar daripada 22 buah negara seantero dunia.

Program ini juga bakal mendedahkan peserta kepada kepelbagaian budaya, memupuk semangat persefahaman, kepimpinan serta kerjasama dengan peserta dari latar belakang berbeza.

-MF-
Kredit Gambar : Sktuntas Tasik Utama

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *