Marina Sahabudin
MELAKA – UMNO Malaysia terus prihatin terhadap nasib menimpa penduduk di Gunung Jerai yang terkesan akibat kejadian ‘kepala air’ baru-baru ini.
Dengan kerjasama Parlimen Jerai dan Merbok, pihak berkenaan tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab mewakili UMNO Malaysia menyampaikan bantuan kepada mangsa terlibat.
Menerusi laman sosial Facebook Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rais Yasin, gerak kerja tersebut turut disertai Datuk Seri Ahmad Maslan selaku Setiausaha Agong Umno Malaysia, Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Dato Seri Jamil Khir serta awatankuasa terbabit.
Rais yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu menzahirkan rasa syukur kerana dapat berkhidmat walau seketika bersama sahabat-sahabat Skuad Sabil yang berhempas pulas membantu mangsa.
Beliau turut berterima kasih rombongan mereka disambut baik KUB Merbok Annuar Ahmad, Datuk Hasmuni PSUM, KPN Kedah, Fadzil, KPN Pahang, Farid, Exco PPUM merangkap Pesuruhjaya Sabil Datuk Fazli dan Nizam KP Jerai serta seluruh sahabat.
“Semoga Allah S.W.T memberi segala kemudahan kepada mereka yang terjejas dan memberi kerahmatan kepada mereka yang turun membantu. Allahu Musta’amn,” katanya.
-MF-