KEUTUHAN PH TERUS KUKUH

Marina Sahabudin

MELAKA – Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoon Poay Tiong menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob selepas diumum sebagai PM ke 9.

Ujar Poay Tiong, sluruh negara kini menaruh harapan kepada pimpinan baharu ini untuk mengatasi krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang dihadapi.

Menurutnya, ramai penyokong Pakatan Harapan yang kecewa dan amat marah kerana PH tidak berjaya membentuk kerajaan semula.

“Pada pilihan raya umum yang lepas, PH bersama dengan Warisan menang 121. Tetapi majoriti ini hilang setelah langkah Sheraton oleh para pengkhianat.

“Hakikatnya, kita telah kehilangan majoriti sejak langkah Sheraton berlaku. Pelbagai langkah telah dicuba untuk mengembalikan mandat rakyak, tetapi tidak berjaya. Setiap cubaan juga menyebabkan rakyat semakin muak dengan keadaan politik.

“Sejak setahun lebih yang lepas, keadaan politik di Malaysia memang tidak stabil. Percaturan politik dikuasi oleh UMNO yang menjadi ‘kingmaker’ bermula di beberapa negeri, kemudian sekarang di peringkat persekutuan,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Tambahnya, ada juga rakan dan penyokong yang masih kecewa kerana kita tidak menerima tawaran Mahiaddin sebelum kerajaan beliau jatuh.

“Begitu jugalah apabila PH tidak berjaya mendapatkan majoriti baru-baru ini.

“Memang susah untuk berjaya, kerana yang berada di ‘driver’s seat’ ialah UMNO, khususnya kluster mahkamah yang kelihatan begitu terdesak untuk survival mereka. Tambahan lagi, sebarang langkah tergesa-gesa mungkin memecah-belahkan PH.

“Ada juga yang berpendapatan bahawa pelantikan Ismail Sabri sebagai PM akan menjadikan pihak mereka kembali kuat. Saya kurang bersetuju, sebaliknya, mereka akan terus berlawan sesama sendiri. Asas kerjasama mereka adalah untuk kepentingan politik jangka masa pendek, bukannya reformasi atau kemajuan negara,” luahnya.

Jelas Poay Tiong, persaingan politik di Malaysia juga sudah berubah.

“Tidak ada satu parti pun yang mampu mendominasi kuasa seperti dulu. Sekarang kita ada persaingan antara parti yang kuat. Apa yang perlu kita pastikan adalah supaya persaingan ini mampu mencetus kepimpinan politik dan pentadbiran yang lebih baik.

“Namun, antara perkara baik ialah PH masih kukuh bersama. Bukan mudah untuk berdiri teguh mempertahankan majoriti 105 yang kita ada. Di kalangan parti dan pemimpin memang ada perbezaan pendapat, tetapi perpaduan PH telah diutamakan.

“Keutuhan PH adalah sangat penting untuk jangka masa panjang. Bukan mudah untuk membentuk satu gabungan yang mampu bertolak-ansur dan bekerjasama. Itu kekuatan yang kita ada sekarang,” katanya.

Poay Tiong menegaskan, mereka tidak akan berputus asa.

“Setiap kekecewaan akan diganti dengan semangat yang lebih kuat lagi. Tanggungjawab dan khidmat kami diteruskan tanpa mengira situasi untuk meneruskan perjuangan,” katanya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *