Marina Sahabudin
MELAKA – Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik menegaskan Perdana Menteri sewajarnya menimbangkan jawatan serta posisi strategik kepada Tan Sri Muhiyiddin Yassin rentetan beliau memegang jawatan selaku Pengerusi Bersatu dan Pengerusi PN.
Menurut Rahim, jangan lupa bahawa Muhyiddin memobilisasi sokongan maksima PN bagi membolehkan Perdana Menteri ke 9 memegang jawatan hari ini.
“Bagi menggerakkan Bersatu dan memperkukuhkan PN, Muhyiddin tentunya memerlukan sesuatu platform sesuai untuk mencapai matlamat ini. Tetapi, aakah jawatan yanh sesuai?
“Saya tak fikir agak sesuai beliau menggalas jawatan TPM memandangkan Muhyiddin pernahmemegang jawatan PM sebelum ini.
“Menteri Mentor? Ini mungkin lebih sesuai daripada segi hiraki politik parti yang memerintah dan daripada segi perjawatanannya dalam struktur kabinet.
“Bagi saya, Kehadiran Muhyiddin sebagai Menteri Mentor dalam kabinet akan perkukuhkan lagi kewibawaan dan imej kabinet dipimpin PM,” katanya.
Tambah Rahim, pengalaman dan pendedahan Muhyiddin yang luas dalam dunia kepimpinanan dan pentadbiran negara akan menjadi aset paling positif dan konstruktif bagi PM menerajui Malaysia ke arah PRU 15.
“Moga pandangan saya yang dikutip daripada maklum balas rakyat akan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada PM kita untuk beliau menyusun kabinet baru,” katanya.
-MF-