Marina Sahabudin
KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki prihatin dengan nasib menimpa rakyat Malaysia.
Justeru, beliau mengambil kesempatan menyampaikan rintihan rakyat yang tertekan dan terdesak ketika ini kepada Perdana Menteri terutama berkenaan isu kelewatan Bantuan Khas Covic (BKC) yang sepatutnya sudah mula dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Ogos.
Menurut beliau, PM telah menjawab dengan positif dan memberi jaminan akan segera menghubungi Kementerian Kewangan untuk diambil tindakan segera.
Sementara itu, Asyraf Wajdi menegaskan, sembilan lagi #TuntutanRAKYAT yang lain akan dijelaskan secara terperinci sekali lagi kepada PM setelah dibentuk kabinet.
Hakikatnya, isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat dan dirumuskan oleh Pemuda UMNO sebelum ini dalam bentuk 10 #TuntutanRAKYAT sebenarnya tidak sukar untuk direalisasikan.
Dua daripadanya berkaitan dengan moratorium tanpa faedah terakru, hanya perlu diseragamkan kaedah penawaran dan metodologi pengiraan keuntungan dan faedah oleh bank-bank, dengan kawal selia Bank Negara Malaysia. (Rujuk 10 Cadangan Tambah Baik Moratorium dalam status saya 30 Jun sebelum ini)
Manakala cadangan pengeluaran i-Citra secara sekaligus dengan kadar minimum RM10 ribu atau berkadaran dengan jumlah yang ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2, perlu dirundingi semula dengan pihak KWSP (Rujuk status saya 5 Cadangan Tambah Baik i-Citra pada 5 Julai)
Lapan tuntutan yang lain adalah di bawah kuasa Kementerian Kewangan termasuklah tuntutan agar ditawarkan juga moratorium untuk peminjam LPPSA, tambahan bantuan-bantuan tunai lain melalui suntikan fiskal termasuk untuk peniaga kecil dan sederhana, penambahbaikan data pemohon di LHDN untuk tujuan pemberian bantuan, juga tuntutan agar dikurangkan karenah birokrasi ketika rakyat melalui proses rayuan dan lain-lain. (Rujuk status terperinci saya ketika bentangkan #TuntuanRAKYAT kepda Menteri Kewangan pada 13 Julai)
Pemuda UMNO akan terus membuat tindakan susulan untuk ‘follow-up’ dan ‘follow-through’ sehinggalah segala tuntutan ini dapat dipenuhi bagi manfaat rakyat yang memang susah, gelisah dan tertekan dengan kesempitan dan kelangsungan hidup mereka ketika ini.
-MF-
Sumber : FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki