338 PELAJAR CEMERLANG MELAKA DIRAI

Marina Sahabudin

MELAKA – Meskipun tidak dapat diraikan secara meriah, kesemua 338 pelajar di Negeri Melaka yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2020 tetap diberikan perhatian.

Justeru, seramai 17 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Hafazan 30 Juzuk dipilih menerima hadiah secara simbolik di pejabat Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Seri Negeri.

Manakala, pelajar cemerlang selebihnya akan mengambil anugerah di sekolah masing-masing.

Menerusi perkongsian laman sosial Facebook Sulaiman, Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) memperuntukkan sebanyak RM151,500.00 bagi meraikan pelajar cemerlang SPM; STPM; STAM dan Hafazan 30 Juzuk Anugerah Pelajar Cemerlang Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2020.

Pada tahun ini, Kerajaan Negeri juga memutuskan memberi RM1,000 kepada pelajar yang mendapat keputusan Straight A+ dalam SPM dan juga STPM Peringkat Kebangsaan serta STAM dengan keputusan Mumtaz, manakala pelajar lain menerima antara RM300.00 hingga RM500.00 termasuk kepada pelajar Hafazan 30 Juzuk Al-Quran.

Selain daripada wang tunai yang telah dikreditkan ke dalam akaun SSPN-i, pelajar juga akan menerima Sijil Penghargaan daripada Kerajaan Negeri dan Cenderahati daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sulaiman berharap penganugerahan ini dapat memberi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar di negeri Melaka untuk terus mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan bidang-bidang lain.

Hadir sama, Datuk Noor Effendi Ahmad, EXCO Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan); Dr. Mohd Azam Ahmad, Pengarah Pendidikan Negeri Melaka; dan Datuk Mustafa Musa, Pengurus Besar TAPEM.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *