GURU BESAR JANA PENDAPATAN LUMAYAN MENERUSI DECOUOPAGE

Nazirah Hassan

BUKIT KATIL – Siapa sangka seni kraf yang dahulunya dilakukan sebagai hobi kini bertukar menjadi sumber pendapatan lumayan buat Masdura Selamat yang dahulunya bergelar Guru Besar sebuah sekolah rendah di negeri ini.

Berkongsi tranformasi kariernya kepada MelakaFirst, beliau akui pada awalnya tiada rancangan untuk mengusahakan seni kraf ‘decoupage’ secara serius, namun usaha dan minat
dalam bidang ini, membuka jalan untuknya mengembangkan kraf decoupage menjadi sumber pendapatan utama.

Menurut beliau, keputusannya untuk bersara lebih awal bukanlah dibuat dengan mudah
apatah lagi
tiada latar belakang dalam bidang seni,
memerlukan beliau berfikir
rasional sebelum memutuskan untuk bersara awal.

“Namun dalam masa sama saya mengintai peluang untuk menjana pendapatan melalui seni kraf kerana yakin usaha
dan bakat seni yang diwarisi daripada ibu mampu menghasilkan seni decoupage yang menakjubkan.

“Sebenarnya ramai juga yang belum tahu tentang seni kraf decoupage iaitu medium seni tampalan pelbagai bahan seperti cebisan kain, renda atau kertas yang ditampal ke atas bahan lain sehingga terhasilnya karya seni baharu,” katanya dan mengakui hasil seni decoupage sering kelihatan ekslusif.

Menurut beliau juga,
akibat belum terdedah dengan seni ini, ramai yang beranggapan hasil seni decoupage dijual dengan harga yang mahal sedangkan harganya mampu milik dan setimpal dengan harga modal, kehalusan kerja tangan dan
masa yang diluangkan oleh pembuat kraf tersebut.

“Berbanding dengan konsep kitar semula yang menggunakan barang terpakai, konsep seni decoupage ini lebih bertumpu dalam menambah nilai produk sedia ada dan mengolahnya menjadi produk yang jauh lebih bernilai berbanding produk asal,” katanya.

Antara karya seni menarik hasil sentuhan Masdura ialah botol air decoupage menggunakan tisu basah yang direndam dengan kopi bagi mendapatkan tekstur dan warna kayu.
Sekali imbas rupa botol ini persis seperti kulit kayu yang telah dicantumkan sedangkan ia hanya menggunakan teknik tampalan tisu sahaja.

Selain decoupage, Masdura juga menghasilkan produk seni lain seperti kraf kaitan menggunakan material seperti kain songket dan kain cotton Inggeris untuk menghasilkan pelbagai variasi beg.

Bagi mengembangkan lagi hobi dan minat beliau, Masdura turut mengadakan bengkel kraf di studionya yang terletak di Bukit Katil Damai 2 selain
menerima undangan ke lokasi lain bagi untuk belajar seni kraf ini secara berkelompok.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *