PPV STADIUM HANG JEBAT, STADIUM JASIN OPERASI ISNIN INI

Marina Sahabudin

MELAKA – PPV MEGA di Stadium Hang Jebat dan Stadium Jasin bakal beroperasi 30 Ogos ini bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Persiapan akhir melibatkan pegawai dan petugas dari KKM, PDRM, APMM, RELA, JBS dan lain-lain telahpun dilaksnaakan bertujuan menyelaras dan mengemas kini agihan tugasan dengan lebih terperinci bagi memastikan perjalanan pemberian vaksin kepada awam berjalan lancar.

Pembukaan PPV berkenaan mampu menampung sehingga 5,000 penerima vaksin di Stadium Hang Jebat manakala 3,000 di Stadium Jasin sehari.

Bagaimanapun, hanya penerima vaksin yang menerima temujanji melalui aplikasi MySejahtera sahaja akan diberikan suntikan vaksin.

Sehingga kini tiada penerima vaksin ‘walk in’ dibenarkan di sini kecuali warga emas berusia 60 ke atas dan golongan OKU sahaja.

-MF-
sumber : MKN Melaka

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *