Nazirah Hassan
MELAKA – Pada waktu pandemik semua lapisan usia sangat bergantung kepada penggunaan gajet menyebabkan kesihatan mata terganggu.
Justeru itu
Eyecon Optometry menawarkan perkhidmatan penjagaan mata dengan lebih baik di samping menawarkan rangkaian produk cermin mata dan kanta lekap yang bersesuaian dengan keperluan setiap individu.
Pakar optometri Dylan yang berkhidmat di tiga cawangan Eyecon Optometry iaitu di Ayer Keroh, Melaka Raya serta Mahkota Medical Centre berkata trend penggunaan gaget dan laptop yang semakin meningkat pada musim pandemik berisiko menghadapi masalah rabun.
Katanya, kebergantungan kepada penggunaan telefon bimbit juga
sama ada bekerja atau belajar dari rumah, membuatkan seseorang itu cenderung berdepan
ketidakselesaan mata seperti mata pedih, mata terasa kering, atau mata mudah berair.
“Oleh itu, jangan biasakan menggunakan gajet dengan jarak terlalu dekat atau sebelum tidur. Ibu bapa juga haruskan pastikan ruangan PDPR anak mempunyai pencahayaan yang baik agar mata terpelihara,”katanya kepada MelakaFirst.
Tambah beliau lagi, antara tips yang boleh digunakan bagi memelihara kesihatan mata ialah dengan memastikan jarak skrin gajet dijauhkan sedepa atau paras paha bagi mengelakkan kesan cahaya ‘blue light’ yang tidak baik untuk penglihatan.
Waktu kerja atau kelas secara ‘online’ yang berterusan juga boleh menyebabkan mata mudah penat. Bagi mengatasi masalah ini, Dylan menggalakkan orang ramai untuk mengambil masa bagi merehatkan mata dengan mengalihkan pandangan daripada skrin dan lihat objek yang jauh selama 20 saat serta menggerakkan pandangan ke kiri, kanan, atas dan bawah.
Selain cermin mata, Eyecon Optometry juga menawarkan produk kanta lekap namun hanya disyorkan bagi pengguna yang sesuai sahaja menerusi pemeriksaan oleh pakar optometri Eyecon yang bertauliah.
“Di Eyecon, pakar optometri dapat memberi khidmat nasihat terbaik dalam penggunaan dan cara penjagaan kanta lekap yang biasanya sesuai digunakan buat individu yang mempunyai masalah silau dan rabun jauh.