Marina Sahabudin
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob turut meluangkan masa meninjau secara maya proses pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa satu, yang dilaksanakan secara berperingkat menerusi institusi kewangan terpilih melibatkan peruntukan sebanyak RM3.1 billion.
Menerusi laman sosial facebook milik beliau, beliau berkesempatan bertanya khabar dengan penerima BKC di beberapa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah, Sarawak, Kelantan, Perlis dan Johor secara dalam talian untuk memastikan proses pembayaran bantuan itu berjalan lancar.
Dalam sesi itu, beliau juga mendapatkan laporan secara langsung daripada Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato Sri Utama Zafrul Tengku Aziz yang turun padang meninjau sendiri proses pembayaran di BSN Putrajaya, manakala timbalannya, Mohd Shahar Abdullah berada di BSN Triang, Pahang.
“Saya dimaklumkan Kementerian Kewangan akan mempermudahkan urusan pengagihan kepada masyarakat pedalaman dengan pembayaran tunai kepada mereka yang tidak memiliki akaun.
“Harapan saya, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban “Keluarga Malaysia” yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” kata beliau.
-MF-
sumber : FB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob