TUNTUTAN DEMI MANFAAT RAKYAT

Marina Sahabudin

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tuntutan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 atau berkadaran dengan baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2 KWSP pencarum merupakan salah satu daripada #TuntutanRAKYAT yang Pemuda UMNO terus perjuangkan.

Menerusi laman sosial facebook beliau, beliau sempat mengulas mengenai segelintir pihak yang perlekehkan usaha ini.

Kata mereka, kononnya Pemuda UMNO hanya mahu membangkitkan sentimen rakyat.

“Dulupun masa Pemuda UMNO bangkitkan pasal pengeluaran simpanan KWSP, macam-macam tuduhan dikenakan. Tapi bila Kerajaan akhirnya akur dengan perkenalkan i-Sinar dan i-Lestari ada pula yang ‘claim credit’ walaupun awalnya perlekehkan cadangan ini.

“Bagi kami, rakyat tidak akan menuntut jika mereka tidak berada dalam keadaan payah dan terdesak. Kami akan terus bersuara dalam isu ini selain #TuntutanRakyat yang lain kerana yang penting akhirnya rakyat yang dibela dan mendapat manfaatnya,” kongsi beliau

-MF-
sumber : FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *