DANA BANTUAN KASIH NIAGA RINGAN BEBAN PENIAGA

Marina Sahabudin

MELAKA -Kerajaan Negeri terus prihatin terhadap nasib peniaga di negeri ini.

Justeru, Dana Bantuan Kasih Niaga di dalam Belanjawan 2021 Negeri Melaka sebanyak RM1 juta telah diusahakan bagi menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat tempatan supaya lebih maju selepas terkesan pendemik Covid-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, sehingga kini kira-kira 1000 individu atau syarikat akan menerima manfaat tersebut.

“Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 1,287 permohonan iaitu 781 dalam Fasa 1 dan 506 dalam Fasa 2.

“Setakat Ogos 2021, sebanyak 446 permohonan telah diluluskan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM446,000 manakala, sebanyak 554 permohonan masih dalam pertimbangan dan akan diluluskan dalam tempoh masa terdekat,” katanya pada majlis pelancaran
Dana Bantuan Kasih Niaga kepada 10 penerima mengikut daerah di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri di sini.

Hadir sama, Dato’ Ts Kamel Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Norhizam Hassan Baktee, EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka; Datuk Zaidi Johari, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; dan Datuk Salhah Salleh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan).

Jelas Sulaiman, pecahan inisiatif tersebut mengikut daerah bagi kelulusan Fasa 1 adalah Melaka Tengah sebanyak 115; Jasin (155); Alor Gajah (47); dan Masjid Tanah (129).

“Ia akan disalurkan ke dalam akaun penerima yang berjaya. Jika terdapat sebarang pertanyaan, penerima boleh menghubungi Pejabat Daerah masing-masing.

‘Saya berharap, semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan yang dialami oleh pengusaha atau usahawan Negeri Melaka dalam menghadapi situasi pandemik dan juga norma baharu dalam kehidupan,” katanya.

-MF-
sumber : FB Sulaiman Md Ali

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *