MUFC laung amaran awal cabar kejuaraan Liga Super musim depan

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

Selepas mengesahkan kedudukan kekal di Liga Super pada musim hadapan pada minggu lalu, Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) melaungkan amaran awal sedia mencabar kejuaraan Liga Super pada musim depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat berkata, untuk itu beberapa perancangan sedang dirangka oleh pihaknya sebagai persiapan memastikan skuad Hang Tuah lebih bersedia menghadapi persaingan yang lebih kompetetif dengan cabaran pertama memberikan kejutan dalam saingan Piala Malaysia tidak lama lagi.

“Kita sedar Melaka United tidak lagi muncul sebagai pasukan pencabar kejuaraan dalam saingan bolasepak domestik seperti saingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA sejak kali terakhir muncul Juara Liga Premier pada 2016.

“Kini sudah tiba masanya untuk kemunculan semula Skuad Hang Tuah yang lebih berdaya saing dan kompetitif. Saya percaya pasukan ini mampu mendapatkan tempat terbaik dalam Liga Super (musim depan) serta memberikan saingan dan mendapat keputusan positif di Piala Malaysia 2021 kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Justin, pihaknya akan melakukan beberapa penambah baikan drastik untuk memacu kelab itu ke satu tahap yang lebih baik termasuk membawa masuk pemain import dan tempatan yang berkualiti di setiap posisi.

“Kami juga berhasrat mengeluarkan sejumlah peruntukan khusus bagi menaik taraf pasukan antaranya menambah baik fasiliti latihan pasukan termasuk peralatan latihan dan sebagainya.

“Pada masa sama, MUFC juga sedang mengadakan perbincangan bersama rakan kerjasama serta pelabur berpotensi yang percaya dan ingin bersama-sama memajukan kelab ini,” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak khususnya penyokong setia bola sepak Melaka dan rakyat negeri ini agar dapat menjadi ‘tulang belakang’ buat pasukan.

“Langkah-langkah ini bukan sahaja bagi menaikkan semula nama Melaka United dalam kancah bolasepak tempatan malah ke peringkat antarabangsa pada masa hadapan,” katanya lagi.

–Ends-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *