RAKYAT TERUS BERHADAPAN KRISIS EKONOMI

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak boleh retorik kali ini kerana segala pengumuman berhubungan bantuan dan sokongan perlu sampai terus dengan segera.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ekoran kesan kerosakan ekonomi akibat impak pandemik COVID-19 terhadap Malaysia yang sangat besar.

Menurutnya, ekonomi Malaysia dijangka hanya berkembang antara 3.0 hingga 4.0 peratus bagi keseluruhan tahun ini iaitu lebih rendah berbanding unjuran awal antara 6.0 peratus hingga 7.5 peratus.

“Itu pun dengan sasaran semua negeri telah beralih ke Fasa 4 PPN menjelang November 2021. Bermaksud masih ada rakyat akan berdepan kesulitan walau selepas sektor ekonomi dibuka sepenuhnya, terutama yang terkesan teruk akibat pandemik seperti kehilangan perniagaan atau pekerjaan.

“Golongan peniaga misalnya akan berdepan cabaran memulakan perniagaan baharu atau memulihkan perniagaan sedia ada.

“Golongan pekerja memerlukan tempoh untuk menstabilkan kewangan dan memulihkan kehidupan masing-masing,” katanya menerusi kenyataan dalam laman facebooknya berkaitan hal ini.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, secara umum mereka ini perlukan lebih masa untuk bangkit daripada kesan kemusnahan akibat perang COVID-19.

“Jika golongan ini mendapat layanan sama seperti mereka yang kurang terkesan, pasti sukar untuk ‘kembali berdiri’.

“Antara langkah yang boleh dilaksanakan termasuk moratorium bayaran untuk golongan ini dilanjutkan lagi selepas tempoh enam bulan sedia ada berakhir.

“Begitu juga dengan bantuan perniagaan dan pencarian pekerjaan oleh agensi kerajaan perlu diperkasakan untuk membantu mereka,” katanya.

-MF-
sumber : UMNO Online

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *