NURHIZAM SANTUNI BAYI JANTUNG BERLUBANG

PENGKALAN BATU –Waktu pandemik ini menduga ramai orang dalam meneruskan kelangsungan hidup termasuk Azhar Seman, 30 diuji dengan kesihatan anak kecilnya, Siti Nurhawa yang disahkan menghidap jantung berlubang.

Bagaimanapun Azhar yang bekerja sendiri sebelum ini menzahirkan rasa syukur berikutan kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang datang menghulurkan bantuan.

Azhar yang kini hilang punca pendapatan kerana tidak dapat lagi berniaga ayam madu di pasar malam pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdepan ujian berganda apabila isterinya Sharifah Noraini Yusof, 39 pula menghidap serangan panik dan meroyan sejak bulan lepas apabila menerima khabar tentang penyakit kronik yang dihidapi anak sulungnya.

Disebabkan tidak dapat berniaga, Azhar kini bergantung pada wang simpanan semata-mata bagi menyara hidup mereka sekeluarga. Sebaik mendengar tentang keadaan Azhar, Norhizam bergegas ke rumah Azhar yang terletak di Kampung Sarang Helang, Bachang bagi menghulurkan bantuan dan melihat sendiri situasi keluarga tersebut

Dalam kunjungan Norhizam baru-baru ini, beliau sempat menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan dan wang belanja dengan harapan ia dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang dihadapi Azhar sekeluarga.

“Saya telah berjanji dengan Azhar untuk terus memantau kesihatan anaknya dan akan mengusulkan situasi beliau kepada Pusat Zakat Melaka bagi mendapatkan bantuan lanjut. InsyaAllah saya akan berikan yang terbaik untuk kesembuhan adik Siti Norhawa,” katanya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *