MPJ SANTUNI PENJAJA, PENIAGA DI JASIN BESTARI

Marina Sahabudin

JASIN – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) turun padang meninjau tapak penjaja sementara di Bandar Jasin Bestari di sini.

Aktiviti tersebut merupakan medium PBT berkenaan meluangkan masa menyantuni penjaja dan peniaga di samping meninjau aktiviti perniagaan yang dijalankan di kawasan itu.

Lawatan disertai Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari, Clr. Datuk Subramanian a/l Vengadasamy dan Clr. Abd Halim Ab Ghani.

Turut serta Pengarah Kawalan Perniagaan, Pengarah Penguatkuasaan serta wakil Persatuan Penjaja.

Menurut MPJ, kesempatan tersebut digunakan sebaiknya untuk menyelami isu dan permasalahan penjaja, selain peniaga setempat dan orang awam.

Justeru, segala pandangan daripada semua pihak turut diambil kira dalam memastikan setiap aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi tidak mendatangkan permasalahan di kemudian hari.

Pada masa sama, lawatan ini juga adalah rentetan daripada cadangan penempatan semula tapak penjaja sementara daripada Jalan Bestari 5 Bandar Jasin Bestari ke lokasi baharu di Jalan Bestari 2 dan 4 berhadapan premis JnT Jasin Bestari yang dijangka akan berkuatkuasa pada 13 September ini.

Cadangan pemindahan ini selaras dengan penambahan bilangan penjaja, penilaian semula daripada aspek keselamatan pembeli, peniaga premis dan orang awam serta mengurangkan kesesakan lalulintas pada waktu puncak.

MPJ sentiasa komited memastikan setiap golongan peniaga pelbagai sektor dapat beroperasi sebaiknya mengikut peraturan dan SOP ditetapkan serta bersama-sama mengamalkan norma baharu dalam aktiviti seharian dalam menangani pandemik Covid-19.

-MF-
Sumber : MPJ

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *