Marina Sahabudin
MELAKA – Majlis Penutup Program Outreach Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid bertempat di Masjid Al-Alami MITC, Melaka berlangsung dengan jayanya.
Majlis berkenaan disempurnakan Penasihat Agama Ketua Menteri Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek.
Program PPV itu merupakan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Melaka.
Ia dilaksanakan selama tujuh minggu bermula 31 Julai sehingga 11 September lalu.
Sebanyak 7, 544 dos diberikan melibatkan empat masjid iaitu Masjid Jamek Ar-Rahman, Kampung Pulai, DUN Serkam, Masjid Ar-Rahman Tanah Merah, Krubong DUN Paya Rumput, Masjid Al-Alami, MITC, Ayer Keroh dan Masjid Tun Khalil, Kampung Asahan DUN Asahan.
-MF-
sumber : FB MAIM