Marina Sahabudin
MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka melaksanakan pemasangan Lesen Premis Digital (MyPATIL) melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka bermula 13 September lalu.
Kemudahan ini akan memanfaatkan tiga sasaran iaitu peniaga, kerajaan dan rakyat di Negeri Melaka secara keseluruhannya.
Sistem MyPATIL berperanan mengintegrasi lesen perniagaan dan sistem di setiap PBT berkaitan dan sekaligus memperkenalkan Lesen Premis Digital Berasaskan Teknologi Pintar (IOT).
Diharap usaha ini mendapat sokongan golongan sasar dalam usaha merealisasikan Melaka sebagai negeri pertama melaksanakan Lesen Premis Digital 2021.
-MF-
sumber : FB Kerajaan Negeri Melaka
Post Views: 638