VIRTUAL HIKING SEMPENA HARI MALAYSIA

Marina Sahabudin

MELAKA – Sempena Hari Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dengan kerjasama Bens Maju Services, MOTAC Melaka dan Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka akan menganjurkan Program Malaysia Day Virtual Eco-Experince Taman Eko-Romba Bukit Batu Lebah secara online.

Program berlangsung pada 16 September itu bermula jam 9 pagi.

Walaupun Negeri Melaka telah beralih ke Fasa 2 Program Pemulihan Negara, namun aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal masih ditutup kepada pengunjung dan peminat aktiviti lasak.

Menerusi webinar ini, ia diharap dapat memberi pengalaman baharu kepada orang awam, pendaki dan peminat aktiviti lasak semasa musim PKP ini.

Jangan lepaskan peluang kerana hadiah misteri kepada 10 pemenang turut diberikan kepada peserta yang menjawab ekuiz dengan tepat.

ESijil penyertaan dan eSijil ekuiz turut diberikan kepada peserta yang mendaftar.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *