Kemeriahan Sambutan Bulan Kebangsaan di DUN Taboh Naning

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

TABOH NANING – Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini agak sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini kerana masih lagi dalam proses Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dimana S.O.P untuk berkumpul dalam jumlah yang ramai masih lagi tidak dibenarkan oleh pihak Kerajaan.

Walaubagaimanapun, sambutan Bulan Kebangsaan 2021 tetap dijalankan meskipun dalam keadaan yang sederhana.

Program [email protected] yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah bersama pihak JAPERUN Taboh Naning telah menjelajah ke 13 kawasan JPKK dalam DUN Taboh Naning untuk menyemarakkan semangat menyambut bulan kebangsaan yang telah tiba.

Program yang dijalankan bersama EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri Melaka merangkap ADUN Taboh Naning, Datuk Latifah Omar telah menyantuni masyarakat kampung dengan mengedarkan Jalur Gemilang dan barangan keperluan asas.

Menurut Latipah, beliau menyeru dan menyarankan semua rakyat di negeri ini khususnya di Taboh Naning supaya mempunyai jiwa kebangsaan dan sayangi negaraku Malaysia serta memasang Jalur Gemilang sebagai menghormati negara.

“Kita juga menginginkan dunia luar memandang Malaysia adalah sebuah negara majmuk negara yang berbilang kaum dan memastikan perpaduan dikalangan kita dapat diperatkan lagi bersempena dengan tema sambutan hari kebangsaan ini, Malaysia Prihatin.

“Kita juga berharap dan berdoa semoga Malaysia hari ini menjadi negara yang dicintai oleh semua,” katanya.

Selain dari itu juga, Latipah juga turut memberikan hadiah dan cenderamata kepada mereka yang dilahirkan pada 31 Ogos. Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina Binti Hasan @ Abd Rashid.

–Ends-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *