MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
ALOR GAJAH – Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah bersama JAPERUN DUN Machap Jaya serta Jabatan Kemajuan Oang Asli (JAKOA) Negeri Melaka telah menjelajah ke perkampungan orang asli untuk menyemarakkan semangat menyambut bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang ke 64 tahun.
Program yang diadakan bersama Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Machap Jaya, Datuk Rospandi Leman telah menyantuni masyarakat Kampung Orang Asli Ayer Dusun dengan mengedarkan Jalur Gemilang dan barangan keperluan asas.
Menurut Rospandi, menerusi program itu juga, ia membolehkan kerajaan negeri memastikan kemajuan dikampung orang asli setanding dengan kampung-kampung lain dan berharap kelengkapan infrastruktur asas seperti elektrik dan air, akan dapat meningkatkan mutu kehidupan di kampung ini.
“Pihak JAPERUN juga berterima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah atas usaha yang dijalankan dalam mendekati setiap golongan masyarakat dan menyemarakkan semangat menyambut bulan kebangsaan dan hari Malaysia”, katanya ketika ditemubual semasa program Sepakat [email protected] di Kampung Orang Asli Ayer Dusun di sini.
Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina [email protected] Rashid dan Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Alor Gajah, Adzrien Abdul Rahim.
Rospandi berkata, pihak kerajaan negeri dan JAPERUN sentiasa akan bersama dan membantu masyarakat orang asli dalam meningkatkan mutu kehidupan dan kebajikan mereka.
Beliau juga berharap agar masyarakat orang asli dapat hidup bekerjasama antara satu sama yang lain dan tidak berpecah belah terutama dalam pengurusan kebajikan penduduk kampung.
Program Sepakat [email protected] merupakan sebuah program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan dan hari Malaysia di komuniti yang terpilih.
Program ini akan dijalankan di semua kawasan seluruh negara dan diisi dengan program melibatkan orang ramai seperti penerangan dasar-dasar kerajaan, pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta edaran Jalur Gemilang.