HAPPY CHARITY GEMBIRAKAN 100 KELUARGA ORANG ASLI

Marina Sahabudin

ALOR GAJAH – Seramai 100 keluarga mendapat manfaat menerusi program komuniti kita teguh bersama anjuran CIMB Group & Cimb Foundation Bersama Happy Charity Association.

Penyerahan bakul makanan tersebut turut mendapat
kerjasama JAKOA dan APM, Melaka sempena menyambut Hari Malaysia tahun ini.

Penasihat Happy Charity Datuk Abdul Ghaffar Ibrahim, berkata, pihaknya akan sentiasa berusaha menjaga kebajikan golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan agama.

Menurutnya, usaha dilaksanakan diharap dapat mengurangkan beban dan tekanan dihadapi penerima khususnya pada musim Covid-19 ini.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas sokongan serta sumbangan pihak berkenaan kerana sudi bekerjasama merealisasikan program ini,” katanya kepada MelakaFirst.

Turut hadir Pengarah JKAO, Shahrani Idderis dan CIMB Regional Director, Rabi’ah Mohd Tahir.

Program berkonsepkan konvoi itu melibatkan perkampungan Orang Asli di negeri ini termasuk Air Dusun, Tebong dan Kubang Badak bermula jam 10 pagi.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *