AMES HOTEL TAWAR HARGA PROMOSI ‘PAY NOW, STAY LATER’

Nazirah Hassan

AYER KEROH – Khas buat yang sedang mencari penginapan ekslusif dengan harga yang berbaloi, kini Ames Hotel menawarkan promosi harga penginapan dengan jualan baucer ‘Pay Now, Stay Later’. Khas untuk 200 tempahan terawal, hotel bertaraf 5 bintang ini menawarkan harga istimewa RM 175 untuk penginapan seorang berbanding dengan harga asalnya RM 260. Bagi yang ingin menikmati percutian yang istimewa dengan yang tersayang, Ames Hotel juga menawarkan harga penginapan RM 210 sahaja untuk dua orang. Tawaran yang dibuka kepada Ames Hotel ini juga pasti bakal meninggalkan kenangan yang manis buat semua pengunjung.

Melalui baucer ‘Pay Now, Stay Later’ ini juga, pengunjung bakal disambut dengan welcome drinks & welcome fruits yang disediakan khas bagi mengalu-alukan kedatangan pengunjung yang sudah lama tidak bercuti.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga bakal menikmati sarapan buffet percuma yang cukup menyelerakan dari The Munch. Tak cukup dengan itu, pelanggan yang menempah penginapan melalui ‘Pay Now, Stay Later’ juga boleh menikmati makan malam serba romantik di Moonbar, Ames Hotel dengan harga ekslusif iaitu RM 150 untuk dua orang berbanding harga asalnya RM 180. Cukup sesuai buat yang ingin menyambut hari istimewa dengan orang yang tersayang.

Tempahan melalui ‘Pay Now, Stay Later’ ini dibuka sehingga 30 September 2021 sahaja. Menurut Penolong Pengurus Eksekutif Ames Hotel, Nurashiken Zainal, pelanggan tak perlu risau jika belum merancang tarikh yang sesuai untuk ke sini. Bersesuaian dengan nama promosi ‘Pay Now, Stay Later’ yang dilancarkan oleh Ames Hotel, tempoh sah laku baucer ini adalah sehingga 31 Januari 2023. Jadi, pelanggan bolehlah tebus baucer ini sebaik sahaja aktiviti rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan.

Selain Ames Hotel, Metrasquare Hotel yang berkonsepkan apartment hotel turut mengalu-alukan kedatangan warga Melaka yang sudah lengkap 2 dos vaksinasi dengan tawaran ‘Pay Now, Stay Later’. Kini dibuka untuk tempahan, hotel bertaraf 3 bintang ini menawarkan harga promosi RM 108 untuk penginapan seorang berbanding harga asalnya RM 160. Untuk penginapan dua orang pula, Metrasquare Hotel menawarkan harga istimewa RM 138 berbanding harga asalnya RM 200. Seperti di Ames Hotel, tempahan melalui ‘Pay Now, Stay Later’ di Metrasquare Hotel juga menawarkan hidangan sarapan buffet percuma buat pengunjung.
Buat orang Kuala Lumpur pula, The Sybari yang terletak di Damansara turut menawarkan harga istimewa untuk penginapan condotel ekslusif .The Sybari menawarkan penginapan serba mewah untuk penginapan 2 ke 6 orang dengan potongan harga sehingga RM 800. Tawaran ini juga lengkap dengan sarapan buffet percuma dari The Sybari. Cukup sesuai buat pengunjung yang ingin merancang percutian dengan rakan dan keluarga dengan suasana serba ekslusif dan moden di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Jangan lepaskan peluang tawaran istimewa dari rangkaian hotel yang dibawakan oleh Sheng Tai International. Dengan promosi hebat ini, anda dapatlah merancang percutian yang ekslusif dan mencipta kenangan yang indah bersama rakan dan keluarga. Buat yang berminat untuk tempahan, bolehlah hubungi LSL Group di talian 011-3737 3399.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *