CITF-A PERLUAS USAHA IMUNISASI REMAJA

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) bagi meluaskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja).

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, CITF-A dipengerusikan Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1.

Khairy turut meluangkan masa hadir ke program Kick-Off) P9 ICK Remaja yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) – SMK Putrajaya Presint 8(1).

Menerusi sidang media diadakan, beliau berkata PICK Remaja sudah dimulakan lebih awal di Sarawak pada 8 September dan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 11 September lepas.

“CITF telah memberikan kelulusan untuk pelaksanaan program berkenaan di kedua-dua negeri kerana liputan imunisasi COVID-19 dalam kalangan orang dewasa di kedua-dua negeri berkenaan telah mencapai 80 peratus.

“PICK Remaja di Sabah pula telah bermula pada 16 September lepas kerana sebahagian besar remaja tinggal di kawasan pedalaman dan memerlukan lebih masa bagi aktiviti jangkau luar,” katanya.

Jelas beliau, KKM mensasarkan supaya 60 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya 1 dos vaksin pada bulan November ini dan 80 peratus daripada mereka yang layak divaksin mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Turut hadir Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan, Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

Sementara itu, Dato’ Dr Noor Azmi tidak ketinggalan memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada seorang remaja yang menerima suntikan pada hari ini.

-MF-
sumber : KKM

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *