Marina Sahabudin
KEDAH – Penularan wabak Covid-19 di daerah Pendang dilihat semakin menurun. Ia berikutan jumlah keluarga yang sedang dalam perintah kuarantin kendiri telahpun berkurangan.
Sehingga kini hanya sejumlah 39 bakul makanan asas dihantar oleh UMNO Bahagian Pendang kepada keluarga yang menjalani kuarantin kendiri berbanding lebih seratus keluarga beberapa minggu lalu.
Sumbangan disampaikan menerusi Ketua-ketua UMNO cawangan di Guar Kepayang, Bukit Jenun, Sungai Tiang Utara, Kubur Panjang, Bukit Raya Barat, Kampung Padang Nyior, Kampung Padang Peluang, Kampung Rasau, Kampung Hujung Keton dan Kampung Paya Sulaiman.
Daerah Pendang dijangka mencapai tahap imuniti kelompok dengan kadar 80 peratus vaksinasi daripada keseluruhan populasi pada pertengahan bukan Oktober nanti dan kadar kes baharu Covid-19juga dijangka dalam ‘pattern’ menurun.
-MF-
sumber : umno online