MELAKA – Usaha kerajaan memulakan program imunisasi COVID-19 kepada golongan remaja yang bermula di Sarawak sejak 8 September lalu, didahului remaja berusia 16 – 17 tahun serta 12 tahun – 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik satu pendekatan baik dalam usaha memulakan sesi persekolahan seperti mana diumumkan baru- baru ini.
Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM),
Dato’ Seri Haniff Omar berkata,
Negeri Melaka juga turut bersedia dengan memulakan program vaksinasi kepada golongan ini dengan persediaan di beberapa PPV dgn tawaran secara walk-in & pra syarat keutamaan awal kepada anak Melaka yang bersekolah di luar Melaka manakala anak Melaka yang belajar di Melaka diberi temujanji secara berjadual melalui MySejahtera.
Katanya, seperti perancangan kerajaan, anak-anak yang berumur 12-15 tahun di Melaka belum ada kelulusan untuk pemberian vaksin dan tinjauan PMPM di PPV IPT di Bukit Beruang hari ini pendekatan diambil pihak pengurusan dengan tawaran walk-in tanpa menetapkan jumlah penerima diberi berdasarkan pra syarat awal dengan keutamaan seperti ditetapkan.
“Sebaliknya maklumat diperolehi melalui perbualan telefon bersama pihak PPV sebuah IPT di Alor Gajah, penerimaan dan pendekatan mereka berbeza dengan tiada halangan kepada anak Melaka yang belajar di Melaka asalkan pelajar yang datang dari SBP mahupun MRSM malah setakat jam 11.00 pagi sasaran awal 40 penerima telah dipenuhi.
“Dalam dua tinjauan ini, berlaku ketidak selarasan dalam pemberian peluang vaksinasi seperti mana ditetapkan awalnya oleh pihak berkuasa termasuk ada dua kes di Alor Gajah yang mana pelajar berumur 13-15 tahun pada kelmarin tanpa sebarang gejala turut menerima vaksin walhal ketegori tersebut belum lagi mendapat giliran buat masa ini,” katanya kepada MelakaFirst.
Justeru beliau mencadangkan supaya pihak berkuasa harus memberi perhatian kepada ketidak selarasan yang diketengahkan serta ketidakseragaman dan isu laluan mudah sudah diperkatakan sejak mula program ini bermula dlm negara.
Tokok beliau, dalam menyahut usaha kerajaan ini dan semangat anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab kepada negara harus dipuji, PPV dan pihak berkuasa juga kenalah tepat dalam memberi ruang maklumat dan peluang
Sementara itu, seorang ibu kepada anak remaja, Azlin Othman turut berkongsi pandangan agar semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dab perlu menjadi agen mempromosi kebaikan, berkongsi maklukat kebaikan vaksin kepada kalangan penerima.
“Ibu bapa juga disaran bersedia dari segi mental fizikal dalam menyokong usaha mendapatkan vaksin ke atas kanak- kanak.
Sementara itu, melalui pendapat Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SMA JAIM AL-Asyraf, Lt Kol Hanif Mulani
turut menyokong dasar kerajaan yang telah diputuskan.
“Perbincangan telah dibuat oleh pelbagai pihak yang pakar dalam bidang masing-masing di MKN dengan mendapatkan keputusan berpandukan situasi yang terbaik setakat ini melalui pandangan semua pihak. Pandangan orang perseorangan yang menolak vaksin kepada anak-anak adalah hak mereka, tetapi apa hak negara kepada rakyatnya.
“Memang ramai orang takut, tapi kita mohon petunjuk darilada Allah, selain berdoa,” katanya.
PMPM turut membuat tinjauan di PPV Stadium Hang Jebat dan mendapati orang ramai yang datang agak ‘meriah’ dan difahamkan 5,000 slot diberikan kepada kateori 18 tahun ke atas secara walk-in.