TAWAR KERJASAMA STRATEGIK

Marina Sahabudin

MELAKA – Kerajaan Melaka menawarkan tawaran kerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) negeri dalam usaha melakukan transformasi pembangunan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata pendekatan tersebut sejajar sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, ia selari dengan tindakan Kerajaan Persekutuan yang melakukan Transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan dengan PH demi kestabilan politik, pemulihan ekonomi serta usaha sama mengekang wabak COVID-19.

“Saya mewakili kerajaan negeri mengganggap ‘new deal’ ini sebagai merentasi sempadan politik, agama, ekonomi, budaya dan hal kemanusiaan tanpa membezakan latar belakang keturunan dan bangsa serta sudut pandang berlainan demi kestabilan dan kebajikan rakyat Melaka,” katanya semasa menyampaikan ucapan sempena pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang Ke-14 bertajuk Menuju Transformasi Sejahtera 2035 (TS35).

-MF-
sumber : Bh

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *