GABEM TAWAR GERAN DIGITAL PKS

Marina Sahabudin

MELAKA – Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), melalui anak syarikatnya GABEM
Ventures Sdn Bhd menandatangan usahasama Memorandum Persefahaman Inisiatif Pendigitalan PKS dengan Me12pay Digital Sdn
Bhd dalam usaha menawarkan geran padanan kepada usahawan bumiputera.

Majlis menandatangani diwakili Pengerusi GABEM, Tan Sri Dr Ab Rahim Tamby Chik, manakala ME12pay
Digital Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Adillah Abu Samah.

Ab Rahim berkata, usahasama ini adalah permulaan bagi GABEM membantu kerajaan mempesatkan
lagi Inisiatif Pendigitalan PKS dilaksanakan di bawah Malaysian Digital Economy
Corporation (MDEC) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dibawah Bajet 2020 sebanyak
RM500 juta selama 5 tahun dari 2020 hingga 2024.

“Menerusi kerjasama ini, GABEM akan mewar-warkan kepada seramai mungkin usahawan Bumiputera mengambil peluang untuk mendapatkan geran padanan sehingga RM5,000 dari MDEC melalui BSN.

“Geran tersebut akan diguna untuk membayar peralatan dan perisian dalam tujuh bidang Pendigitalan PKS tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ujar beliau, Syarikat ME12pay Digital pula adalah salah satu dari Technology Solution Providers (TSP)
yang menyediakan peralatan kepada usahawan yang berjaya mendapatkan geran
padanan untuk memasuki perniagaan mereka ke dunia digital.

“Melalui ME12pay Digital, usahawan yang memohon dan berjaya akan diberi peralatan dan penggunaan perisian untuk satu tempuh, iaitu tiga unit telefon pintar, tiga unit kad sim,
satu nombor akaun bank maya, tiga unit Mastercard prabayar, satu unit mesin cetak, satu unit
mesin EDC, lesen penggunaan aplikasi Me12pay dan sokongan pusat panggilan.

“GABEM juga mengadakan roadshow untuk menemui usahawan yang bersedia dan layak mendapatkan geran padanan tersebut.

“Justeru, kami menyeru seramai mungkin usahawan Bumiputera untuk mendigitalkan perniagaan mereka agar selari dengan kehendak pelangga hari ini dan juga keadaan
semasa yang mana perniagaan atas talian (online) ini dapat membantu pelanggan
mengurangkan pertemuan muka diantara peniaga,” katanya.

Sementara itu, perniagaan atas talian ini juga boleh menggunakan e-wallet atau wang digital untuk
membuat pembayaran secara maya dan tanpa sentuh.

“Kepada peniaga ia membuka pasaran yang lebih luas, di mana-mana asalkan mempunyai capaian internet.

“Maka dengan mendigitalkan perniagaan mereka, kedai mereka
boleh dilihat di mana sahaja dengan sistem ini,” kata Ab Rahim.

Jelas beliau, dengan adanya sistem penghantaran (courier services) ia juga memudahkan peniaga
menghantar barang yang telah dibeli ke mana sahaja dengan cepat ataupun usahawan boleh menghantar sendiri kepada pelanggan.

“Setiap transaksi jual beli yang diguna oleh pelanggan melalui telefon pintar mereka akan direkod dan pendigitalan perniagaan ini akan menemukan peniaga terus dengan pelanggan serta melepaskan peniaga dari permainan harga oleh orang tengah.

“Hubungan secara terus dengan pelanggan akan membantu peniaga mendapat maklumat dan
komen untuk pembaikan produk mereka, terus dari pelanggan,” katanya.

Sehubungan itu, kepada usahawannataupun mereka yang baru ingin mula berniaga, sama ada graduan
baru, lepasan sekolah mahu pun mereka yang telah kehilangan pekerjaan dan ingin
berniaga, sila lah mohon secara online di https://me12pay.asia/gabem/ atau emel ke
[email protected] atau mesej ke 019-2995599.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *