HUBUNGAN AKRAB SAHABAT BERLAINAN KAUM BUKTI PERPADUAN

Nazirah Hassan

MELAKA – Grup Melaka Dulu-Dulu (MDD) menjadi saksi keakraban dua orang sahabat warga emas, Mohmin dan Nallama yang masih utuh hingga ke hari ini.

Gambar Mokmin menziarahi sahabat sekampungnya telah dimuatnaik oleh anak Namalla sendiri, Lalitha Krishnan yang merasakan persahabatan ibunya dengan rakan sekampung berlainan bangsa begitu berharga.

“Kawan lama datang jenguk ibuku selepas sekian lama. Pak Hj Mohmin & Acik Namalla. Ada tak warga MDD yang kenal Pak & Acik ni?, tulis Lalitha dalam hantarannya di laman MDD.

Ternyata ramai juga yang mengenali kedua warga emas ini terutamanya yang berasal dari Tambak Paya. Menerusi ruangan komen, Lalitha sangat mengagumi Pakcik Mohmin yang menurunkan ajaran dan nasihat yang baik kepadanya sejak kecil. Kini, nasihat itu disampaikan pula kepada anak-anak Lalitha.

Warga Tambak Paya yang mengenali Pakcik Mohmin juga bersetuju dengan Lalitha. Beliau yang sudah lama menetap di kampung tersebut memang terkenal sebagai seorang yang mesra dengan penduduk setempat.

Melalui gambar tersebut, rata-rata ahli grup turut seronok melihat persahabatan yang terjalin tanpa mengira agama ataupun warna kulit. Didapati ramai ahli grup yang berasal dari Tambak Paya mengenali Makcik Namalla yang terkenal sebagai penternak lembu dan kambing serta menjual susu segar.

Menurut para pengguna laman muka buku dari Tambak Paya, Makcik Namalla cukup dikenali di kampung sebagai seorang yang peramah dan baik hati.

Persahabatan Pakcik Mohmin dan Makcik Nallama menjadi bukti sifat perpaduan yang masih hidup dalam kalangan warga Melaka. Melihatkan keakraban kedua-dua sahabat ini, ramai yang turut berkongsikan kisah persahabatan dengan rakan berlainan kaum.

Kisah persahabatan antara kaum yang terjalin sejak berpuluh tahun lamanya secara tidak langsung telah menyuntik semangat perpaduan dalam ahli grup MDD yang biasa berhadapan dengan ulasan berbaur rasis di grup ini.

Nilai persahabatan mereka berdua juga berjaya menjadi inspirasi yang baik dan patut dijadikan contoh buat generasi muda. Sebagai masyarakat berbilang kaum, kita perlulah menepikan perbezaan dan saling melengkapi antara satu sama lain bagi mencapai keharmonian.

Grup Melaka Dulu-Dulu yang dianggotai oleh 72,000 ahli telah menjadi tempat perkongsian kisah-kisah menarik dan padat dengan nostalgia bagi mengeratkan lagi hubungan antara warga Melaka.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *