10K ‘ONE OFF’ UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP

Marina Sahabudin

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Malaysia terus memperjuangkan kehendak rakyat dalam usaha merealisasikan pengeluaran i-Citra 10k secara ‘one off’.

Ketuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi perkongsian di laman sosial Facebook milik beliau berkata, meskipun ada kata-kata sinis seolah-olah perjuangan i-Citra ini bagi membolehkan rakyat ambil kesempatan untuk pergi melancong, namun mungkin ada yang berfikiran singkat sebegitu sehingga sanggup menggadai masa depan mereka.

“Tapi jangan diborong semuanya mempunya niat sebegitu. Ramai rakyat yang susah dan tertekan hari ini akibat pandemik.

“Saya cuba rumuskan daripada ribuan mesej Pemuda UMNO terima termasuk ratusan yang saya sendiri terima daripada komen dan mesej peribadi yang meluahkan perasaan daripada pelbagai kaum antaranya adalah,
sejak januari ramai dibuang kerja, ditamatkan kontrak, dicutikan tanpa gaji, perniagaan lingkup akibat PKP berterusan dan lain-lain,” katanya.

Tambah beliau, ramai yang mempunyai komitmen bulanan tetap dan tinggi dan tidak mampu untuk membayar.

“Bayangkan ada yang berhutang dengan ‘Ah Long’ untuk kelangsungan hari ini sehinggabterjerat membayar bunga sahaja.

“Mereka menjadi paranoid memikirkan kelangsungan pendidikan anak-anak yang terabai kerana kekangan wang untuk sediakan gajet.

“Ini tidak terkecuali rakyat menjadi sugul dan tertekan kerana fikirkan kelangsungan hidup sehingga ramai yang terdesak berkira-kira membunuh diri,” katanya.

Jelas Asyraf, banyak lagi yang jika nak disenaraikan.

“Inilah juga yang saya bentangkan kepada Menteri Kewangan beberapa bulan lalu dan yang terbaru kepada CEO KWSP agar mereka memahami pentingnya Jaminan Perlindungan Rakyat atau Safety Net yang perlu diambil kira untuk solusi jangka pendek yang mendesak.

‘Solusi jangka panjang termasuk pelan strategik untuk mengeluarkan rakyat daripada kemelut ekonomi pandemik, penciptaan peluang-peluang pekerjaan juga harus bergerak seiring tetapi keutamaan hari ini untuk rakyat ‘survive’ sekarang,” katanya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *