LENGKAP VAKSIN : SUAMI DIBENARKAN TEMAN ISTERI BERSALIN

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

KUALA LUMPUR – Pastinya berita menggembirakan bagi bakal ibu yang sedang menantikan detik kelahiran anak mereka apabila Kementerian Kesihatan (KKM) memberi kebenaran kepada suami yang lengkap vaksin COVID-19 untuk menemani isteri dalam wad bersalin.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata beliau sudah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengeluarkan kebenaran itu di semua hospital kerajaan.

Menurutnya, bagaimanapun hanya suami yang menjalani ujian COVID-19 dan disahkan negatif dibenarkan berbuat demikian.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan akan mengeluarkan arahan untuk membenarkan suami yang lengkap divaksin dan bebas COVID-19 menemani isteri dalam wad bersalin.

“Ya, saya akan laksanakan apa yang diperlukan,” katanya.

Sebelum ini, hospital kerajaan tidak membenarkan suami menemani isteri di dalam dewan bersalin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu akibat penularan Covid-19.

-MF-
sumber : BH/TV3

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *