Jom sertai Karnival Pekerjaan PERKESO secara maya 16 Oktober

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

PAYA RUMPUT – Penganjuran Karnival Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), MyFutureJobs pada 16 oktober ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada pencari kerja di negeri ini.

Exco Tenaga Kerja, Datuk Wira Ar. Ismail Othman berkata, karnival yang akan diadakan secara maya dan dikendalikan oleh PERKESO itu akan diadakan di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh membabitkan penyertaan lebih 20 majikan yang akan menawarkan peluang pekerjaan.

Menurut Ismail, penganjuran karnival itu juga dapat memberi peluang kepada mereka meningkatkan skil kemahiran disamping mengenal pasti pekerjaan yang sesuai untuk mereka serta memilih majikan yang menawarkan tawaran gaji lebih baik.

“Penganjuran program ini akan diadakan secara maya kerana ia amat bersesuaian dengan keperluan ketika ini kerana kita masih berdepan dengan situasi pandemik COVID-19.

“Pencari kerja yang berminat juga boleh melayari laman sosial PERKESO negeri bagi pendaftaran kerja dan maklumat lanjut mengenai program ini,”katany pada program Bantuan dan Faedah Prihatin PERKESO di Taman Krubong Jaya.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah PERKESO negeri, Abd. Razak Omar.

Ismail berkata, maklumat serta butiran yang lengkap oleh pencari kerja akan memudahkan pihak PERKESO melakukan padanan antara pencari kerja dengan pihak majikan yang mengambil bahagian pada 16 Oktober nanti.

“Langkah PERKESO menganjurkan program pekerjaan selain MyFutureJobs terbukti membantu lebih ramai golongan pencari kerja memperolehi pekerjaan dalam waktu yang singkat.

“Berbeza sebelum ini, program MyfutureJobs kali ini diadakan secara atas talian disebabkan faktor pandemik, malah perhubungan atas talian seperti sekarang ini adalah lebih mudah dan berkesan.

“Selain itu, penganjuran program ini secara atas talian lebih kepada mengikut keperluan semasa hari ini yang sebahagian besarnya lebih banyak menggunakan kaedah secara maya, ia lebih selamat,” ujarnya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *