7 SJR NEGERI MELAKA DITUTUP

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MELAKA – Tujuh operasi sekatan jalan raya (SJR) daerah di negeri ini ditutup bermula malam ini.

Antara SJR ditutup adalah di Pulau Sebang, Cherana Putih, Rumbia di Paya Rumput, Gapam, Sungai Rambai, Kesang dan Bemban di Tehel.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, penutupan itu susulan Melaka beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPPN) 1 Oktober ini.

Menurutnya, tindakan itu sekaligus merancakkan sektor pelancongan negeri ini menerusi kempen ‘Melakan Visit Melaka’ seperti diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

“Bagaimanapun, SJR di semua pintu masuk negeri masih kekal kerana Melaka masih menutup pintu masuk kepada mana-mana pelancong dalam dan luar negeri seperti diumumkan sebelum ini.

“Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan orang ramai di atas kerjasama sepanjang SJR Fasa 1 dan 2 PPN sejak 1 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *