Tidur lewat, tidak bersarapan punca pelajar longlai selepas divaksin

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

AYER KEROH – Tidur lewat pada jam 2 pagi dan hanya makan sesudu nasi lemak sebelum divaksin kelmarin disahkan sebagai punca menyebabkan seorang murid sekolah rendah didakwa longlai dalam video tular selepas menerima suntikan vaksin COVID-19, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Kesihatan Awam) Dr Rusdi Abd Rahmad dalam satu kenyataan berkata, siasatan selepas kejadian mendapati, murid berusia 12 tahun itu juga tidak berselera makan dan hadir secara walk in bersama keluarga ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi, Encore, Klebang.

Menurutnya, semasa proses vaksinasi, remaja terbabit juga agak gementar tetapi tiada sebarang kesan sampingan yang dilihat sejurus selepas vaksinasi atau sepanjang tempoh pemerhatian.

“Namun begitu selepas itu ketika dalam perjalanan pulang di kawasan parkir kenderaan, remaja ini secara tiba-tiba lemah dan rebah sehingga perlu dipapah oleh ahli keluarganya masuk semula ke PPV bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan Pegawai Perubatan bertugas mendapati keadaan remaja ini adalah stabil dengan vital signs iaitu tekanan darah, nadi dan paras oksigen dalam darah adalah normal.

“Pemerhatian 30 minit oleh pasukan perubatan mendapati remaja berkenaan menunjukkan keadaan stabil dan dibenarkan pulang. Panggilan telefon susulan kepada keluarga selepas itu mendapati remaja ini sihat dan aktif seperti sedia kala,” katanya.

Rusdi menjelaskan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bersama Pejabat Kesihatan Daerah bagaimanapun akan terus memantau status kesihatan remaja ini dari semasa ke semasa.

“Sehubungan itu, semua ibu-bapa dan penjaga yang akan membawa anak anak untuk vaksinasi dinasihatkan supaya memastikan anak-anak mereka mendapat rehat yang mencukupi dan makan sebelum hadir ke PPV.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat atau berita tidak sahih.

“Untuk pertanyaan mengenai perkara tersebut, orang ramai boleh menghubungi bilik Gerakan vaksin di talian 06-2356876 atau 06-2930164 atau melalui email [email protected],” katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *