TIADA LAGI SOKONGAN 4 ADUN

Marina Sahabudin

MELAKA – Kecoh suasana politik di Melaka apabila rata-rata media tempatan melaporkan mengenai 4 ADUN yang kini tidak lagi memberi kepercayaan dan sokongan terhadap kepimpinan kerajaan negeri .

Mereka adalah ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Utama Idris Haron (BN), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

Menerusi sidang media tergempar diadakan tadi, Idris yang mengetuai pengumuman tersebut memaklumkan beliau bersama-sama rakan-rakan telah hilang kepercayaan kepada Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri hari ini.

“Kami berempat telah serah surat ketidakpercayaan kami dan menarik balik sokongan kepada Datuk Seri Sulaiman yang telah dihantar ke Pejabat Ketua Menteri pagi tadi,” katanya.

-MF-
sumber : sinar harian

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *