FIRDAUSI AGRO & AQUA ENRICH HASILKAN PRODUK MINUMAN BERKUALITI

Nazirah Hassan

AYER KEROH – Firdausi Agro & Aqua Enrich yang bertapak di Ayer Keroh kini mengeluarkan produk minuman bermutu tinggi untuk dinikmati orang ramai.

Syarikat bumiputera milik Firdausi Hazmi baru sahaja mula beroperasi sejak Disember tahun lepas namun berjaya menghasilkan produk jenamanya sendiri dalam waktu yang singkat.

Pengarah Urusannya, Yati bin Lajim yang sebelumnya berpengalaman dalam bidang kontraktor selama 20 tahun berkata, pihaknya kini mengorak langkah baru sejak tertubuhnya Firdausi Agro & Aqua Enrich.

Katanya, syarikat yang mengkhususkan kepada produk agrikultur dan akualkultur ini ditubuhkan dengan berpandukan misinya iaitu memasarkan makanan yang dijamin halal dan suci serta berkualiti tinggi.

“Sebagai syarikat muslim, Firdausi Agro akui sangat menitikberatkan kualiti produk dan perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

“Kami sangat komited dalam memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan. Bagi memastikan produk yang berhasilkan berkualiti tinggi, setiap peringkat penyediaan diberikan perhatian yang khusus bagi menjamin hasil produk yang terbaik buat semua pelanggan” katanya kepada MelakaFirst.

Tambah beliau lagi, sehingga kini terdapat tiga produk minuman yang dihasilkan oleh Firdausi Agro & Aqua Enrich iaitu Kordial Nanas, Kordial Roselle dan
Kopi Gula Melaka.

Apa yang menariknya, Kordial Nanas diperbuat daripada hasil tanaman nanas segar dari kebun Firdausi Agro & Aqua Enrich sendiri.

“Satu lagi produk yang menjadi trademark bagi syarikat ini ialah Kopi Gula Melaka. Sesuai dengan namanya, Kopi Gula Melaka menjanjikan kualiti rasa dan kopi yang lebih beraroma dengan gabungan gula melaka asli.

“Hanya tambah air panas, pelanggan sangat gemarkan kopi ini kerana ia sangat mudah untuk disediakan dan cukup lemak serta lazat rasanya.”katanya lagi.

“Bukan sekadar memasarkan produk minuman sendiri, malah syarikat ini juga fokus kepada pemasaran kelengkapan agrikultur dan akuakultur seperti baja, jentera, benih pokok dan membekal ternakan ikan. Firdausi Agro & Aqua Enrich turut memasarkan hasil tani serta bekalan makanan mentah basah dan kering berkualiti buat orang ramai.” katanya

Bagi yang ingin mencuba produk minuman istimewa dari Firdausi Agro & Aqua Enrich, bolehlah hubungi 011-5558 7274 untuk keterangan lanjut.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *