Nazirah Hassan
MELAKA – Khas buat warga Melaka yang sedang mencari penginapan hotel serba mewah dengan harga yang cukup berbaloi, Hotel LaCrista kini menawarkan promosi baucer Durian Runtuh.
Dengan harga promosi ini, pengunjung berpeluang untuk mendapatkan harga promosi RM 138 bagi penginapan dua hari satu malam untuk 2 orang. Melalui promosi ini, pengunjung bebas untuk memilih sama ada penginapan bilik Premier dengan 1 katil King atau Deluxe dengan 2 katil single.
Percutian anda di hotel tidak sah tanpa santapan ekslusif dari Hotel LaCrista. Dengan tempahan bilik melalui promosi Durian Runtuh, pengunjung boleh menempah set sarapan pagi dengan harga RM 16 sahaja untuk seorang.
Selain itu, Hotel LaCrista turut menawarkan promosi Weekend Hi-Tea Buffet yang serba ekslusif bagi pengunjung yang sudah lama merindui suasana dine-in serta hidangan buffet di hotel dengan harga serendah RM 45 seorang.
Walaupun Melaka sudah pun beralih ke Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara, Hotel LaCrista tetap mengamalkan SOP yang ketat bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung ketika menginap di hotel yang terletak di tengah bandaraya ini. Pengurusan Hotel LaCrista sangat mengutamakan kebersihan dan keselamatan bagi menjamin keselesaan para pengunjung.
Hotel yang telah diperbaharui dan diberi nafas baru ini tetap mengekalkan suasana elegan dan selesa buat pengunjung yang ingin mencipta pengalaman percutian yang ekslusif. Hotel yang tersergam di tengah bandaraya Melaka ini cukup menyerlah dengan seni bina luaran berkonsepkan kolonial.
Setibanya anda di lobi hotel pula, anda pasti terpegun dengan kubah kaca dengan rekaan indah. Menurut Puan Aisyah selaku Pembantu Pengarah Pemasaran Hotel LaCrista, kubah kaca yang menambahkan keserian hotel LaCrista ini merupakan satu-satunya di Malaysia. Ruang lobi juga dihias ibarat galeri seni dengan lukisan tradisional serta motif bunga kesidang sebagai bunga rasmi negeri Melaka.
Suasana dan hiasan dalaman bilik hotel serba mewah dengan pilihan warna biru yang tenang pasti bakal memberikan kenangan percutian yang indah walaupun di dalam negeri. Pengunjung juga diberi akses istimewa kepada fasiliti riadah seperti kolam renang dan gimnasium yang terletak di tingkat 6. Sambil beriadah, pengunjung dapat menikmati pemandangan bandar Melaka yang menarik serta sarat dengan khazanah warisan sejarah negara.
Terletak di Jalan Hang Tuah, kedudukan hotel ini cukup strategik dan hampir dengan pelbagai kawasan tarikan pelancongan seperti Jonker Walk, River Cruise dan Bandar Hilir. Bukan itu sahaja, hotel ini juga terletak berhampiran dengan pusat membeli belah seperti Aeon Bandaraya Melaka, Tesco dan Mydin.
Promosi Durian runtuh ini dibuka pada waktu terhad sahaja. Pelanggan yang menetap di luar negeri Melaka tidak perlu risau jika masih belum merancang tarikh percutian pada waktu terdekat kerana tempoh sah laku baucer ini adalah sehingga 30 Disember 2022. Jadi, pelanggan bolehlah tebus baucer ini sebaik sahaja aktiviti rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan.
Jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran harga istimewa daripada hotel LaCrista. Dengan promosi hebat ini, anda dapatlah merancang percutian yang ekslusif di samping mencipta kenangan indah di tengah-tengah bandaraya Melaka. Buat yang berminat untuk tempahan, bolehlah hubungi hotel LaCrista di talian +60 12-611 8595.