IDRIS, NOR AZMAN PERTAHAN KERUSI DUN PRN MELAKA

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang dilucutkan keahlian UMNO secara automatik kerana didapati melanggar perlembagaan parti akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Utama Idris Haron, berkata mereka akan menyertai parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi mempertahankan kerusi yang disandang sebelum ini.

Menurut Nor Azman, biarpun mereka berdua ada menerima tawaran daripada beberapa pemimpin PH untuk menyertai parti masing-masing, namun ia akan diumumkan mereka pada masa yang sesuai menjelang PRN.

Tanpa mahu menyebut parti atau pemimpin yang menghubungi mereka untuk membuat tawaran menyertai gabungan PH itu, mereka kini masih membuat pertimbangan sewajarnya.

“Saya dan Datuk Seri (Idris) akan buat keputusan parti mana yang akan kami sertai pada waktu sesuai sebelum PRN bagi memastikan bukan setakat menang, malah mampu membentuk kerajaan negeri selepas itu.

“Namun, dua orang lagi iaitu ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad saya tidak tahu,” katanya dalam sidang media bersama Idris di Pantai Puteri, Tanjung Kling dekat sini hari ini.

Sementara itu Idris berkata, sebaik sahaja berita mengenai pemecatan beliau daripada UMNO tersebar, tiga hingga empat parti termasuk dua presiden parti telah menghubunginya.

“Walaupun pintu (UMNO) ditutup, namun masih ada pintu lain yang terbuka, jadi politik tetap subur dalam konteks itu, tapi demokrasi mandul di Melaka,”katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *