150 sertai Aktiviti Berbasikal Kayuhan Santai sempena HSN Alor Gajah

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

ALOR GAJAH – Kira-kira 150 peserta menyertai aktiviti Berbasikal Kayuhan Santai sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat Daerah Alor Gajah (HSNAG) 2021 bermula di Dataran Keris, di sini hari ini.

Biarpun hujan lebat, ia tidak menghalang semua peserta mengakhiri kayuhan masing-masing yang berkayuh sejauh kira-kira 15 kilometer hingga ke penamat di A Famosa Resort.

Lebih menarik, aktiviti yang menjadi sebahagian daripada pengisian program HSNAG 2021 itu turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang melepaskan peserta tepat jam 7.30 pagi.

Turut menyertai kayuhan itu Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah; Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad.

Sebaik tiba di A Famosa Resort, telah diadakan program senam robik dan gimik pelancaran di padang golf yang disempurnakan Ahmad Faizal.

Sebanyak 11 program secara maya dan fizikal melibatkan 5,000 penyertaan telah disediakan bagi HSNAG 2021 seperti senamrobik keluarga Malaysia [email protected]; KBS Freestyle Challenge; Fun Ride Virtual; E Sport PS4 FIFA 2021 Challenge, E Sport Challenge Chess Championship; E Sport Challange Mobile Legend, Fun Golf Freestyle Best Score dan Fun Walk.

Sebahagian daripada aktiviti tersebut telah dijalankan seawal 8 Oktober lalu dan kemuncaknya telah diadakan pada hari ini dengan menawarkan jumlah hadiah wang tunai terkumpul bermlai hampir RM6000.

Berbanding tahun lalu, HSNAG tidak dapat diadakan berikutan pandemik COVID-19 manakala program pada tahun ini buat pertama kalinya ia dilaksanakan secaa Hibrid iaitu sebahagian besar penyertaannya dibuat secara maya atau atas talian.

Untuk rekod, HSN telah dilancarkan pada 2015 dengan slogan “Towards Sporting Nation” dan disambut pada bulan Oktober setiap tahun dalam memupuk budaya bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *