BERSATU terbuka jalin kerjasama

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

ALOR GAJAH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU ) bersedia dan terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana parti politik bagi menjalinkan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk UMNO.

Timbalan Presiden BERSATU , Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata ini kerana parti berkenaan sentiasa mengamalkan politik yang mesra rakyat dan berkasih sayang.

Menurut beliau, kebanyakkan pemimpin khususnya daripada Parti UMNO tidak bermasalah untuk bekerjasama namun tidak menafikan ada satu atau dua individu yang menolak untuk bekerjasama.

“Kita tak nak bergaduh dengan orang dan memaafkan serta berbaik dengan sesiapa juga. “Kita bersama dengan sesiapa juga di luar sana yang mengikuti atau bersama dengan perjuangan kita.

“Jadi kalau ada yang kata tak nak bersama dengan kita, saya percaya mungkin itu pandangan peribadi, bukan pandangan majoriti wadah yang mereka wakili.
“Dalam hidup ini memang kadang-kadang ada orang nak kawan dengan kita dan kadang-kadang sebaliknya. Mungkin kerana cemburu sebab kehebatan serta kelebihan yang ada pada kita.

“Jadi kebanyakan pemimpin di atas sana tak ada masalah untuk bekerjasama mungkin ada satu dua orang yang tak bekerjasama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Alor Gajah di A’ Famosa Resort.

Hadir sama Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah; Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad.

Menurut Ahmad Faizal, sehinga kini beliau adalah anggota barisan kabinet yang dipimpin oleh seorang pemimpin dari parti UMNO.

“Kami tak bergaduh, kami bermesyuarat dengan baik, membuat keputusan secara bersama, mempertahankan keputusan-keputusan yang telah kami buat secara bersama dan ini akan kami teruskan.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan partinya tidak akan bekerjasama dengan BERSATU pada PRN akan datang.

Pendirian itu susulan pengumuman pembubaran (Dewan Undangan Negeri) DUN Melaka, malah bersetuju bahawa PRN akan menjadi ujian untuk membuktikan bahawa UMNO tidak memerlukan BERSATU untuk memenangi pilihan raya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *