Semua pihak bantu kerajaan promosi semangat Malaysia Cergas

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

SERKAM – Semua pihak diseru berganding bahu membantu kerajaan mempromosikan semangat Malaysia Cergas demi melahirkan warga Melaka yang aktif dengan mengamalkan budaya hidup sihat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, Kerajaan Negeri Melaka sangat komited dalam memperhebat industri sukan di negeri
ini dengan melaksanakan pelbagai aktiviti sukan dan akan terus mempergiatkannya apabila sektor ini dibuka sepenuhnya nanti.

Menurut Sulaiman,Kerajaan negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak memandang pandemik yang berlaku sekarang ini sebagai satu titik tolak untuk masyarakat tidak bergiat aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk terus mempromosikan amalan gaya hidup sihat seperti bersenam, beriadah dan bersukan agar terus menjadi budaya dalam kalangan masyarakat.

“Saya juga berharap Hari Sukan Negara pada kali ini akan dapat meningkatkan dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum agar terus bersatu untuk kekal aktif dan sihat ke arah pemulihan negara yang masih berhadapan dengan penularan wabak pandemik COVID-19.

“Saya yakin, sekiranya kita kekal aktif bersukan, kita akan menjadi lebih cerdas dan cergas sekali gus mampu menghasilkan generasi warga Negeri Melaka yang hebat terutamanya dalam bidang kesukanan sehingga menggamit dunia suatu masa nanti,”katanya.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Melaka di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Serkam, di sini hari ini.
Teks ucapannya dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Noorman Ramlan dan Pegawai Daerah Jasin, Rahizi Ranom.

Pada sidang media program itu, Mohd Rafiq berkata, 25,000 penyertaan dijangka akan diterima menerusi pelbagai aktiviti yang sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat negeri Melaka.

Menurutnya, kesemua aktiviti tersebut dilaksana mengikut norma baharu iaitu secara maya, separa maya dan fizikal berlangsung tiga hari bermula 8 hingga 10 Oktober.

“Antara aktiviti sukan dianjurkan termasuk sukan kayak, berbasikal, dan kita ada juga sukan elektronik, yang menjadi kegemaran anak muda pada masa kini,”katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *