PDRM gerak pasukan pematuhan SOP

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan tetap mengerakkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan masyarakat mengamalkan SOP yang ditetapkan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam berkata, PDRM juga akan menjalankan pemeriksaan secara rawak di kawasan dan lokasi tumpuan umum.

“Susulan pengumuman kerajaan bahawa aktiviti rentas negeri bagi golongan lengkap divaksinasi dibenarkan bermula 11 Oktober (hari ini), PDRM akan menutup sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan negeri bermula tengah malam.

“Bagaimanapun, SJR akan tetap diteruskan di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, Op Benteng dan cegah jenayah serta keselamatan,”katanya.

Menurut Acryl Sani, pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digerakkan itu adalah bertujaun memastikan masyarakat sentiasa mengamalkan SOP yang ditetapkan.

Katanya, tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak mengambil lewa terhadap kelonggaran pergerakan yang telah diberikan dan sentiasa mengamalkan tahap pematuhan SOP yang tinggi bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 kembali meningkat,”katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media khas, memaklumkan kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

Dengan keputusan tersebut, Keluarga Malaysia kini bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa, melancong dan sebagainya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *