Oleh : Nazirah Hassan
MELAKA – Buat pertama kalinya, formulasi kopi 3 dalam 1 dengan menggunakan gula melaka dihasilkan oleh Firdausi Agro & Aqua Enrich. Ia sememangnya produk yang menarik dan pasti menambat hati yang cukup sinonim dengan pemanis semula jadi ini.
Menurut pengasasnya, Yati binti Lajim, ilham untuk menghasilkan Kopi Gula Melaka ini tercetus pada awal musim pendemik tahun lepas. Sebagai peminat tegar kopi, Yati biasanya akan mulakan harinya dengan secangkir kopi. Namun, sebagai pesakit diabetes, beliau perlulah mengawal pengambilan gula atau menggunakan pemanis alternatif dalam minumannya. Daripada situ, beliau dan suami pun mula mencari pemanis yang lebih sihat di samping mengekalkan aroma dan keenakan kopi.
Berkongsi kepada MelakaFirst, Yati berkata pada mulanya dia dan suami menggantikan gula putih kepada stevia, namun tidak menepati cita rasa mereka berdua. Jadi, mereka mencuba pula gula melaka dan ternyata ia mencetuskan rasa yang lebih menyerlah serta beraroma dan lemak manis.
“Dengan menggunakan gula melaka, maka terhasillah Kopi Gula Melaka yang dengan rasa yang lazat dan berlemak serta sesuatu untuk pelbagai lapisan usia. Rasanya juga tidak terlalu manis dan sesuai dinikmati oleh semua.
“Saya gantikan gula putih kepada gula melaka agar rasanya lebih lemak berkrim. Rasa manisnya yang seimbang juga menjadikan Kopi Gula Melaka sesuai diminum bagi penghidap diabetes,” katanya.
Tambah beliau lagi, campuran biji kopi Arabica, gula Melaka asli dan krimer bukantenusu dalam Kopi Gula Melaka semestinya dapat menambat semua penggemar kopi di luar sana selain sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja bagi mengembalikan tenaga segera.
Sejak terhasilnya Kopi Gula Melaka beliau dan suami juga dapat membuka peluang kepada orang ramai untuk turut menjana pendapatan melalui penjualan produk ini. Namun produk yang baru dilancarkan pada Januari tahun ini hanya bertumpu pada urus niaga atas talian sahaja.
“Seperti usahawan lain, saya turut menghela nafas lega apabila banyak kelonggaran telah diumumkan bagi sektor perniagaan. Ini memberi harapan kepada saya untuk meluaskan lagi pasaran bagi menjadikan produk ini lebih dikenali di serata Malaysia.
“Saya turut teruja untuk berkongsi beberapa maklum balas menarik daripada pelanggan yang tidak menyangka kopi ini dapat menyelesaikan beberapa masalah kesihatan.
“Salah satu khasiat apabila pelanggan saya mendapati pengambilan Kopi Gula Melaka dapat merangsang penghasilan susu badan yang lebih banyak bagi ibu-ibu yang baru melahirkan.
“Ada juga pelanggan Kopi Gula Melaka yang mendapati produk ini sangat berkesan dalam melancarkan sistem pencernaan dan melawaskan. Ini menunjukkan potensi yang tinggi bagi produk ini untuk dijadikan makanan tambahan bagi meningkatkan kesihatan tubuh,” katanya.
Kopi Gula Melaka dijual dengan harga RM27 sekotak yang mengandungi 15 paket. Bagi yang berminat untuk mendapatkan produkini atau menjadi agen bagi menjana pendapatan sampingan, bolehlah hubungi Yati di talian 017-6917274 atau layarilah laman Facebook Kopi Gula Melaka.