PERZIM buka semula 5 muzium mulai esok

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

BANDA HILIR – Bermula esok, 15 Oktober 2021 (Jumaat) Perbadanan Muzium Melaka akan membuka empat muzium di negeri ini untuk dilawati pengunjung.

Dalam satu kiriman di Facebook rasmi PERZIM, empat muzium yang akan dibuka itu ialah Kompleks Muzium Samudera (kecuali Muzium TLDM); Muzium Kapal Selam, Hang Tuah Centre dan Muzium Orang Asli.

Sebelum ini Kompleks Muzium Stadthuys telah mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Oktober sebaik sahaja Melaka diumumkan memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selain itu, turut dimaklumkan pengunjung yang datang ke beberapa buah muzium seperti Muzium Samudera (Kapal Flor de La Mar); Muzium Istana Kesultanan Melaka; Muzium Kapal Selam; Muzium Sejarah & Etnografi dan Muzium Hang Tuah Centre boleh membuat rakaman gambar video, merakam gambar perkahwinan, konvo, hari lahir dan membuat rakaman gambar filem.

Mereka yang berminat untuk datang berkunjung ke muzium boleh membuat tempahan lawatan dan sebarang aktiviti dengan menghubungi pejabat PERZIM 06-2826526 atau WhatsApp di talian 019-6416868 dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Waktu operasi muzium pula adalah dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *